Langkah kerajaan menyeru kita untuk mengawal pergerakkan adalah satu langkah yang bijak bagi membendung COVID-19. Secara tidak langsung, semua akan berada dirumah dalam jangka masa yang sangat panjang bersama keluarga termasuklah, bekerja dirumah.
Dengan itu terbukti, penggunaan ALAT ELEKTRIK di rumah turut bertambah berbanding sebelum ini.
- Televisyen terpasang seharian
- Penghawa dingin terpasang di bilik & ruang tamu semalaman dan sambung lagi keesokkan harinya
- Telefon bimbit di-cas sentiasa kerana kebanyakkan masa terluang adalah melibatkan penggunaan telefon bimbit
- Powerbank, laptop, komputer
- Microwave, oven, peti ais, mesin basuh
- Penggunaan soket dan wayar penyambung (extension wire) yang berlebihan.
Tahukah anda, setiap peralatan elektrik yang terpasang RISIKONYA adalah bersamaan dengan satu batang lilin kita telah nyalakan terutamanya waktu malam? Jika 5 telefon bimbit di-cas maka 5 lilin terpasang tanpa pengawasan. Lilin terbakar kita masih ada peluang untuk padam gunakan air, tetapi alatan elektrik? Langsung tak mampu.
Dengan itu, jaga keselamatan keluarga kita sebaiknya. Disiplin kita cuci tangan, disiplin juga kita tutup suis dan cabut plug jika tidak digunakan!!! Praktikkan dengan keluarga penggunaan alat pemadam api di rumah dengan betul dan cek semula adakan pengesan asap anda berfungsi dengan baik?? 🔥🔥😎 - https://fb.watch/68mqyN7Ndr/