Hari ini Masma Fire Engineering ingin berkongsi dengan anda semua Jenis –jenis kebakaran yang boleh berlaku & diklasifikasikan kepada 5 jenis.
- Kelas A
Api berpunca daripada bahan pepejal (kecuali logam) seperti kayu,kertas,kain, plastic dan sebagainya.
- Kelas B
Berpunca dari bahan cecair yang mudah terbakar seperti minyak,petrol, gas dapur, diesel, varnish, cat dan sebagainya.
- Kelas C
Berpunca dari gas atau wap yang mudah terbakar seperti hidrogen, methane, propane, oxy-acetylene, gas LPG dapur dan sebagainya.
- Kelas D
Berpunca dari bahan logam seperti magnesium, aluminium, natrium, kalium dan sebagainya.
- Kelas E
Berpunca dari bahan masakan seperti minyak masak atau lemak. Kebakaran dari peralatan elektrik pula tidak dikelaskan
Nota : Pengelasan jenis api kebakaran di atas hanya sah di Malaysia sahaja. Di Negara-negara lain, pengelasan jenis api adalah berbeza.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai alat pemadam api, boleh terus hubungi kami di 019-200 0643. We ready to serve you. We are your local fire fighting contractor in Banting Selangor.