Pili Bomba
Pili bomba ialah titik sambungan di mana pasukan bomba boleh membuka bekalan air yang tersedia untuk memadam kebakaran. Ia adalah komponen perlindungan kebakaran aktif.
Pili bomba bertujuan untuk mnyalurkan air kepada pihak bomba dan penyelamat semasa berlaku kebakaran . Walaubagaimana pun , ianya boleh rosak akibat perbuatan orang tidak bertanggungjawab misalnya seperti memasukkan sampah , kaca dan benda lain di dalam lubang valve .
Sekiranya perkara seperti ini berlaku , ianya akan melambatkan pergerakan anggota Bomba bagi mendapatkan air dari pili berkenaan.
Jadi , bagaimanakah anda boleh memainkan peranan ?
Periksa pili bomba berhampiran rumah anda.
Pastikan chamber bebas dari sebarang benda asing.
Pastikan tiada gangguan terhadap pili.
Boleh dilihat dari jauh.
Tidak berkarat.
Maklumkan kepada pihak Bomba atau JBA jika ada kerosakan.
Tidak terkambus dengan tanah