Masma Fire Engineering Banting Selangor akan menerangkan langkah keselamatan ketika kilat dan ribut petir.
RIBUT PETIR merupakan satu sistem ribut yang dikenali dengan kehadiran kilat dan petir yang dihasilkan oleh awan kumulonimbus selain hujan atau hujan batu yang lebat. Ribut petir adalah ribut yang paling lazim berlaku di dunia.
Menurut Encyclopedia Britannaca, purata tenaga yang dihasilkan semasa ribut petir adalah lebih kurang 10 gigawatt/jam, bersamaan dengan kepala peledak nuklear 20 kiloton. Ribut petir dahsyat pula boleh jadi 10 hingga 100 kali lebih kuat.
Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan. Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku 6 batu (9.6km) dari tempat kita berada. Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik “Flash to Bang” (Kilat ke Guruh).
Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu (10 saat = 2 batu, 20 saat = 4 batu, 30 saat = 6 batu). Sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat, langkah keselamatan berikut hendaklah diambil.
Hanya 30 minit selepas kejadian kilat serta ribut petir barulah boleh dianggap selamat.
LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN
LANGKAH KESELAMATAN KETIKA KILAT DAN RIBUT PETIR
Cari perlindungan di bangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi perangkap kilat (lightning arrester). Jika tiada, cari perlindungan di bangunan dalam kereta, van atau lori dan semua tingkap ditutup rapat.
Jika tiada, berlindung di kawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya.
Boleh mencari perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya. Duduk dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga.
Jangan berlindung di pondok telefon, pondok bas, bangsal, khemah atau di bawah pokok. Jangan berada di kawasan lapang seperti padang bola atau padang golf dan sebagainya. Jangan berada di kawasan berair seperti tasik, sungai, paya, kolam mandi, taman tema air dan sebagainya.
Jangan berada di bawah kabel elektrik. Jangan berada di tempat berhampiran logam seperti pagar, tiang telefon atau tiang elektrik.
Apabila berada dalam bot dan anda tidak sempat ke daratan pastikan anda duduk rendah di tengah bot. Jangan letakkan tangan atau kaki anda ke dalam air.