Keselamatan Kebakaran Di Kolej

Masma Fire Engineering Banting Selangor akan menerangkan keselamatan kebakaran di kolej .

Keselamatan Kebakaran Di Kolej
Pemadam Api Dan Servis Banting Selangor

Memasak

Anda hanya boleh memasak di kolej kediaman anda jika dibenarkan sahaja. 
 
Elakkan daripada menggunakan perkakas elektrik secara berterusan atau membebankan plug elektrik .
 
Jangan  memasak tanpa diawasi. Jika api bermula dari ketuhar mikro gelombang, pastikan pintu ditutup dan tanggalkan plug dari soket. 
 
Jangan cuba untuk memindahkan bekas yang terbakar dari ketuhar mikro gelombang.
 

Merokok

Terdapat segelintir pelajar yang merokok, Pelajar yang merokok diminta pergi ke tempat yang dibenarkan untuk merokok.
 
Gunakan bekas rokok yang besar dan berat. Pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.
 
Jangan sekali-kali merokok sambil berbaring di atas katil.
 
Adalah berbahaya jika anda merokok dalam keadaan mabuk atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.
lilin

Lilin

Pengendalian lilin yang tidak betul boleh mengakibatkan bencana. Statistik menunjukkan bahawa kebakaran rumah akibat salah mengendalikan lilin kian meningkat.
 
Lilin hanya boleh dinyalakan jika penggunaannya dibenarkan.
 
Letakkan lilin jauh dari dinding, langsir, barangan perhiasan dan cecair mudah terbakar.
 
Letakkan lilin di atas tempat yang stabil dan jangan biarkan ia menyala sampai ke hujungnya.
 
Jangan biarkan titisan lilin menitis pada bahan mudah bakar.

bersedia menhadapi kebakaran

SENTIASA BERSEDIA MENGHADAPI KEBAKARAN

 
Bangunan kolej mempunyai pelan pengungsian. Pelajarilah dan cuba turut serta dalam latihan kebakaran, seolah-olah ianya seperti kejadian yang sebenar. Tanda bahaya yang palsu bukanlah satu jenaka, laporkan dengan segera kepada pihak Bomba.
 
Kenal pasti setiap lokasi pintu keluar di bangunan itu. Ini bagi memastikan diri dapat keluar walaupun dalam keadaan gelap sekiranya berlaku kebakaran.
 
Alat pengesan asap dapat membantu menyelamatkan diri anda hampir 50% lebih tinggi berbanding bangunan yang tidak memilikinya. Jangan cuba alihkanbateri daripada pengesan asap.
 
Sistem pancuran basah / kering dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda anda daripada dijilat api. Ia dapat melindungi kawasan persekitaran dengan memadam dan mengawal kebakaran. Jangan cuba menggantung apa saja barang pada paip pancuran ataupun muncungnya.
 
Alat pemadam kebakaran dapat mengawal kebakaran yang kecil. Jangan bermain dengan alat pemadam kebakaran.
 
Apabila terdengar loceng keselamatan berbunyi, segera beredar. Tutup pintu sebaik sahaja anda meninggalkan tempat itu. 
 
Jika anda tidak dapat melarikan diri, kembali semula ke bilik anda.

INGIN MEMILIKI PEMADAM API ?

Pemadam api dan servis Banting Selangor

 
Dapatkan pemadam api daripada kami Masma Fire Engineering Banting Selangor
 
Kami sedia membekal alat pemadam api/ fire extinguisher untuk industri sekitar Banting Selangor. 
 
Kami di Masma Fire Engineering Banting Selangor menyediakan perkhidmatan yang mesra dan profesional untuk anda. 
 
Hubungi kami 0176470100 atau 0193149764 untuk bantuan atau isi borang di dalam blog ini dan kami akan 
 
menhubungi anda dengan segera.

Leave a Reply