MALAYSIA PRIHATIN
Kami dari Masma Fire Engineering Banting Selangor ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 63 tahun .
Malaysia Prihatin dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, bersama logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
“Tema sambutan tahun ini ialah ‘Malaysia Prihatin’. ‘Malaysia’ membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.
“‘Prihatin’ pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia,” katanya.