Kami komited untuk memberikan anda ilmu tentang keselamatan. Hari ini kami di Masma Fire Engineering Banting Selangor akan menerangkan tentang asap beracun
Asap merupakan salah satu punca kebakaran yang disebabkan oleh api . Asap mengandungi gas beracun yang akan membunuh mangsa kebakaran sebelum api mula marak.
Kebanyakkan kes kebakaran yang berlaku adalah disebabkan kebakaran di rumah terutamanya malam hari ketika mangsa sedang tidur.
Jika kita tersedut gas beracun ketika sedang tidur , anda mungkin tidak akan sedarkan diri . Jika anda terjaga dan cuba untuk bangun , terdapat kemungkinan anda akan rebah semula.
4 JENIS GAS BERACUN YANG WUJUD DI RUMAH
Karbon Monoksida ialah gas beracun yang mengurangkan kandungan oksigen di dalam darah. Ia merupakan gas beracun yang terdapat dalam semua jenis kebakaran.
Hidrogen Sinida merupakan gas beracun yang dihasilkan oleh kebakaran nylon, sutera dan beberapa jenis plastik (bahan yang terdapat dalam cadar, kusyen, langsir dan pakaian).
Hidrogen Klorida menyebabkan gatal pada mata dan tekak, meningkatkan kadar pernafasan dan mengaburkan mata semasa cuba menyelamatkan diri.
Karbon Dioksida dalam udara menyebabkan kita bernafas secara cepat dan sekaligus meningkatkan risiko menyedut gas beracun yang terlerai daripada kebakaran.
Disamping itu , mata juga akan menyebabkan mata gatal . Kepulan asap juga mengurangkan kadar ketelusan cahaya dan jarak penglihatan