1. Air
Ia merupakan model yang mengeluarkan air pada tekanan tinggi untuk memadamkan api. Air memberikan kesan penyejukan yang cepat pada permukaan bahan api, serta mampu menghalang api merebak dengan lebih pantas.
Warna: Merah dan mempunyai perkataan ‘water‘ berwarna PUTIH.
Sesuai untuk: KELAS A.
2. Busa (buih)
Alat pemadam api busa merupakan model yang berasaskan air tetapi hanya mengeluarkan buih dan menghasilkan wap air untuk menghalang api dari terus merebak.
Warna: Merah dan mempunyai perkataan ‘foam” di atasnya dengan segi empat berwarna KRIM di sekeliling teks.
Sesuai untuk: KELAS A DAN B.
Apabila alat pemadam kebakaran jenis busa ini digunakan untuk kebakaran kelas A, kita hanya perlu tuju dan sembur sahaja pada objek yang terbakar. Bagaimanapun, jika digunakan untuk kebakaran kelas B, ia tidak boleh diguna langsung pada objek yang terbakar itu, malah ia akan mendorong api untuk lebih cepat merebak. Kaedah penggunaan yang terbaik ialah menyembur busa tersebut di sekitar kawasan kebakaran supaya api tidak merebak mengenai anda.
3. Serbuk Kering
Jenis pemadam api berserbuk ini tidak mampu untuk memadam kebakaran sepenuhnya. Malah ia akan meninggalkan kesan yang sukar untuk dibersihkan dan menyebabkan kerosakan pada perabot.
Warna: Merah dan mempunyai perkataan ‘powder‘ berwarna putih di dalam kotak yang berwarna BIRU.
Sesuai untuk: KELAS A, B, C DAN E.
4. Karbon Dioksida (CO2)
Alat pemadam kebakaran jenis CO2 bagus untuk memadam kebakaran tanpa meninggalkan apa-apa kesan, tidak seperti jenis alat pemadam yang lain. Tetapi api mungkin akan menyala semula jika sumber kebakaran tersebut tidak dihentikan.
Warna: Merah dan mempunyai perkataan ‘CO2’ berwarna putih dalam segi empat yang berwarna HITAM. Ia juga mempunyai jenis hos berbeza dan tidak seperti alat pemadam api yang lain.
Sesuai untuk: KELAS B DAN E.
Alat pemadam kebakaran jenis CO2 ini amat sesuai untuk pejabat atau bengkel di mana kebakaran yang berpunca oleh litar pintas mudah berlaku.
5. Bahan kimia basah
Alat pemadam kebakaran jenis bahan kimia basah ini boleh digunakan untuk memadamkan api yang bersuhu tinggi. Ia mampu menyejukkan minyak yang terbakar itu dan menjadikannya seperti sabun atau gel untuk menghalang api dari menyala semula.
Warna: Merah dan memiliki perkataan ‘wet chemical‘ yang tertera di dalam kotak berwarna KUNING.
Sesuai untuk: Kelas F. Jenis pemadam kebakaran ‘wet chemical’ ini tidak sesuai untuk kebakaran kelas B.
Untuk sebarang info mengenai alat pemadam api atau info keselamatan boleh dapatkan info di laman facebook Masma Fire Engineering. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian 019-200 0643 untuk maklumat lanjut. Masma Fire Engineering, your local fire fighting contractor in Banting, Selangor.