SELAMAT PAGI SEMUA… INFO UNTUK SEMUA
ASAP PEMBUNUH KEJAM!
Komposisi udara:
oksigen 21 %
nitrogen 79 %
karbon dikoksida 0.3%
oksigen diperlukan untuk proses pembakaran menyebabkan kadar oksigen semakin berkurangan. Jika kadar oksigen mencecah sehingga 14-16 %, badan seseorang takkan mampu bertahan lalu menyebabkan pengsan.
Semasa kebakaran, asap panas yang terhasil akan menyelinap masuk ke seluruh ruangan bilik. Zon selamat untuk kita bernafas sebenarnya adalah pada 0.5 meter dari paras lantai kerana disitu bebas dari asap.
Namun begitu ketahanan badan manusia takkan mampu bertahan untuk jangka masa panjang berikutan sel-sel di dalam badan telah mati. Hal ini kerana, setiap sedutan asap membawa pelbagai racun menyebabkan kerosakkan paru-paru serta haba asap menyebabkan kelecuran pada saluran penafasan.
Untuk itu, penting untuk kita selamatkan diri dalam kadar segera. Paling penting, menyedari kebakaran peringkat awal mampu menyelamatkan nyawa.