Tips menyelamatkan diri dari kebakaran daripada Masma Fire Engineering Banting Selangor .


Bertenang
Bertenang adalah perkara asas yang paling penting apabila berhadapan di dalam situasi cemas seperti kebakaran . Memang tidak mudah untuk bertenang ketika situasi cemas tetapi jika anda panik , anda akan lebih mudah melalukan kesilapan kerana anda tidak dapat berfikir dengan baik.
Selain itu , tahukan anda sekiranya anda panik , jantung anda akan berdehup lebih keras dan menyedut lebin banyak toksik.

Berkumpul
Jika terdapat ahli keluarga di dalam bangunan yang terbakar , cuba berkumpul di tempat yang lebih selamat. Tujuan berkumpul adalah memastikan tiada siapa yang hilang dan menyukarkan proses menyelamatkan diri.

Cuba untuk selamatkan diri dengan pantas dan yakin anda boleh menyelamatkan diri anda . Pastikan laluan untku menyelamatkan diri anda . Hanya anda yang lebih mahir bagaimana untuk selmatkan diri anda kerana anda berada di rumah sendiri . Segera hubungi pihak penyelamat seperti bomba setelah anda berjaya selamatkan diri

Pihak bomba akan mengambil masa untuk sampai ke lokasi kebakaran . Oleh itu , amat penting untuk menhubungi mereka terlebih dahulu sebelum apa apa berlaku.


Jika pakaian anda pakai terbakar , anda perlu bertindak segera . Jika terlambat , api tersebut akan membakar anda dan boleh sebabkan kematian . Anda JANGAN PANIK . Jika anda sedang bergerak berhenti serta merta , jatuhkan badan anda ke atas lantai dan gulingkan badan anda. Dengan cara ini , api tersebut akan terpadam lebih cepat.

Jika kebakaran terlalu besar dan anda tidak dapat menloloskan diri daripada kebakaran , cuba untuk berada di tingkap yang berdekatan supaya mereka di luar boleh melihat anda. Buang segala bahan yang mudah terbakar seperti langsir .
