MERS 999

MERS 999

Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) ialah satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk menyatukan nombor-nombor kecemasan Malaysia menjadi satu nombor pusat untuk capaian mudah, iaitu 999.

Di bawah arahan dan hala tuju kerajaan, badan-badan kecemasan akan menjalankan tugas teras masing-masing sebagai badan penguatkuasaan keselamatan (Polis), badan pencegahan kebakaran dan penyelamat (Bomba), perkhidmatan perubatan (Hospital), perkhidmatan kemanusiaan (Pertahanan Awam) dan kecemasan di laut (Maritim Malaysia).

Apakah Sebenarnya Sistem 999 atau MERS 999 ?

MERS 999 merupakan sistem ini berjalan di bawah satu platform bersama untuk menyediakan proses mengendali panggilan kecemasan secara selaras dan seragam. Ia menyediakan butir-butir terperinci pemanggil untuk penyedia perkhidmatan kecemasan, iaitu pihak Polis, Bomba, Hospital, Pertahanan Awam dan Maritim Malaysia.

Sistem ini dilengkapi komponen-komponen seperti 

Penghantaran Terbantu Komputer (Computed-aided Dispatch – CAD) ,Sistem Maklumat Geografi (Geographical Information System – GIS),Pengantara Telefon – Komputer (Computer-telephone Interface – CTI), Perakam Suara serta Sistem Pakar Perubatan.

CARA MEMBUAT PANGGILAN
 
Telefon talian terus 999
 
 
TATACARA PAGGILAN
 
Pemanggil harus menyatakan dengan jelas kepada petugas di bilik kawalan, perkara-perkara berikut:
 
Nama dan nombor telefon pemanggil
 
Jenis kebakaran ataupun kecemasan, keadaan sebenar ketika itu serta alamat atau lokasi tempat kejadian. Bagi memudahkan pihak Bomba, sila nyatakan apa-apa panduan atau mercutanda yang berhampiran dengan tempat kejadian. Sekiranya tempat berkenaan di kawasan pedalaman, sila tunggu di jalan utama untuk memberi panduan.
 
 
JANGAN SALAH GUNA TALIAN 999
 
Setiap panggilan ke Jabatan Bomba dengan menggunakan talian 999 adalah percuma. Namun, jangan menyalahgunakan talian kecemasan 999 kerana ia mengganggu keberkesanan tugas pasukan Bomba serta menjejaskan moral para petugas di bilik kawalan.

Leave a Reply