4 Sebab Perlunya Repair Fire Panel Anda
Sebagai pengurus, kakitangan yang menggunakan bangunan anda adalah keutamaan anda. Dengan ini anda hendaklah menyediakan sistem keselamatan yang sepatutnya, terutamanya fire panel. Jika fire panel anda mula menunjukkan mana-mana daripada empat tanda ini, anda perlu mempertimbangkan untuk menggantikannya.
Penyelenggaraaan Kerap
Jika bomba berulang kali memaklumkan fire panel perlu dibaiki semasa pemeriksaan, lebih baik anda menggantikannya. Kemungkinan besar ianya lebih selamat dan lebih murah untuk gantikan sahaja daripada cuba membetulkannya lagi dan lagi. Terutamanya jika anda sukar mencari bahagian yang diperlukan untuk membaiki fire panel lama anda.
Usia yang semakin meningkat
Kebanyakan fire panel direka untuk bertahan selama kira-kira 15 tahun. Jika bangunan anda menghampiri umur itu, anda harus mula membuat bajet kira-kira untuk fire panel gantian. Semakin panjang umur fire panel anda, semakin kurang kemampuan ia untuk memenuhi kod keselamatan bangunan tempatan dan negeri. Fire panel yang diselenggara dengan baik mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada yang diabaikan.
Fire panel malfunction dengan kerap
Fire panel malfunction mengecewakan semua orang. Jika ini adalah masalah biasa di premis anda, elakkannya dengan fire panel moden dan baru. Model begini jarang berlaku kesilapan, dan ia menampilkan teknologi inovatif yang meningkatkan tahap kawalan sistem kawalan kebakaran anda.
Kegagalan sistem
Jika anda mengalami masalah semasa menguji fire panel anda, termasuk kegagalan sistem, sudah tiba masanya untuk fire panel baru. Lagipun, jika fire panel tidak berfungsi semasa ujian, fire panel itu tidak dijamin boleh berfungsi apabila situasi sebenar berlaku, keadaan ini meletakkan semua orang di tempat itu dalam risiko.
Untuk maklumat lanjut klik link ke MASMA Safety atau klik di sini untuk maklumat lanjut. Hubungi kami di 019-2000643. MASMA Fire Engineering – Your Trusted Fire Contractor.