Senang Sangat Peraturan Ketika Di Stesen Minyak, JOM KITA REFRESH!!

Kes yang berlaku di Setapak, Kuala Lumpur pada Jun 2016 seharusnya dijadikan iktibar.
Dalam kejadian itu, seorang wanita terpaksa menanggung derita apabila 60 peratus badannya terbakar akibat letupan di stesen minyak

  1. Jangan guna telefon bimbit
    Jelas terpampang pada poster keselamatan di stesen minyak yang melarang penggunaan peranti elektronik ketika mengisi minyak.Namun, sikap acuh tak acuh dan sering memandang remeh peraturan itu menyebabkan masih ramai pengguna yang tidak kisah melanggar peraturan.
    Hasil penyelidikan mendapati sedikit percikan api akan terhasil ketika seseorang menggunakan telefon bimbit, ia sudah cukup untuk menyebabkan sesebuah premis terbakar. Keadaan akan lebih parah jika pada masa itu terdapat ramai pelanggan yang sedang berurusan. Bayangkan malapetaka yang bakal tercetus!
  2. Dilarang merokok
    Meskipun perbuatan menghisap rokok ketika mengisi minyak hampir tidak kelihatan di bandar-bandar besar, namun di kawasan luar bandar, situasi tersebut masih berlaku. Perilaku itu amat berbahaya kerana punca api daripada rokok dengan mudah boleh mengakibatkan letupan dan kebakaran.
    Sekiranya anda didapati merokok di kawasan stesen minyak, anda boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.
  3. Matikan Enjin Kenderaan
    Paling penting, perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum keluar daripada kenderaan adalah mematikan enjin terlebih dahulu. Tahukah anda setiap kenderaan yang menggunakan bateri mempunyai risiko yang tinggi untuk menghasilkan percikan api? Sekiranya enjin kenderaan tidak ditutup semasa mengisi minyak, itu namanya mengundang bahaya.
    4) Nyahcaskan Elektrik Statik
    Sebelum mengisi minyak, pastikan menyentuh logam pada kenderaan anda sebelum mengisi minyak bagi menyahcaskan eletrik statik pada diri anda. Elektrik statik mampu untuk menyalakan wap petrol dan seterusnya menyebabkan kebakaran. Dengan menyentuh logam sebelum menyentuh nozel, elektrik statik dalam tubuh anda akan dibuang pada logam dan bukan pada pistol pam minyak tersebut.
    Elakkan daripada masuk dan keluar kereta semasa minyak petrol sedang mengalir masuk ke dalam kenderaan. Cas elektrik statik mungkin berlaku di mana pergeseran berlaku antara pakaian dan tempat duduk ketika proses keluar dan masuk dari kenderaan. Seeloknya, masuklah kenderaan sebelum atau selepas mengisi minyak sahaja.

Leave a Reply